Wednesday 28 December 2011

MAOK X MAOK POLAH JUAK ASSIGNMENT :D

assignment masa cuti? huh! fed up! maok relax pun pun xpat, alahai~ penat nyer saye. kalau satu je takpe, tok bebual-bual jak ngga nak btingkat-tingkat jak(arum bulak). apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat, otak dah penat, assignment tak buat-buat :D pantun la pulak! BEBUAL! okay lah, doakan kejayaan saya dalam usaha menyiapkan assignment yg sememangnya banyak dan bebual ini :)


tok gik sikit tok, assignment ku setinggi bukit!

BEBUAL ITU BERKELAKA DAN BERBORAK DAN SEBAGAINYA SERTA MENGECHAT

sebenarnya mlm tok aku dtg bebual sikit, bukan apa, tauk assignment melobo tp x tpolah-polah gik, macam xda feel jak maok ngadap suma ya masa cuti, memang la kewajipan, tapi, argghhhhh! susah la nak madah, kepak miker jak dah sekian, dedek nak molah, maok study k test gik, nang sengaja banyak. akhir kata, BEBUAL aku ngga ketas melobo-lobo ya!

rambut pun dah x tentu arah :/

Thursday 24 November 2011

AZAM BARU

Semester 2 bermula, kuliah, assignment, new friends, new lecturer, macam2 ragam, pemikiran baru, azam baru, semua berubah dan berbeza. Okay, nak cerita sikit, tgh awal semester ni masih byk masa free, lepak2, tp satu malam ni aku tgh lepak ngn kwn2 then dtg sorg senior, at 1st aku x tahu pun dia senior, paduhal part 6. Borak2, ketawa but malam tu jadi sungguh bermakna sbb senior ni kongsi cerita about study ni. Part yang paling aku terasa and mula sedar tentang kelemahan diri aku, dia bagi tau yang ORG YANG BANYAK ALASAN SAMPAI BILA-BILA PUN AKAN GAGAL! Memang sebelum ni aku selalu beri alasan, tapi nasib baiklah malam tu aku jumpa dgn seseorg yg dh buka mata hati aku, and memang azam aku semester 2 ni nk mulakan perubahan positif, Alhamdulillah, dtg hamba2 Allah yg insya-Allah aku yakin boleh tolong aku berubah. tapi aku akui perubahan bermula dari diri sendiri, jika kita x ubah diri kita sendiri takde siapa yg mampu mengubahnya. Jadi semester baru ni aku nk ubah diri aku, insya-Allah aku yakin dengan mendekatkan diri pada Allah, usaha, tawakal, hormat lecturer and kawan2, insya-Allah Allah akan beri balasan yang baik. Amin. Assalammmualaikum :-)

Saturday 30 July 2011

My First Time!

Assalammualaikum. Kabare? Waras? Harap sihat walafiat semuanya. Okay, hari ni aku nk berkongsi pengalaman pertama yg mungkin pasti dirasai setiap insan bergelar mahasiswa mahupun mahasiswi. Pengalaman tersebut adalah berpuasa di universiti. Well, as everyone know, bila di universiti kadang-kadang sebak juaga terasa bila terkenang parents, dulu selalu sahur and berbuka together, now, suma nya independent, tapi maybe ada juga pengalaman berharga contohnya sahur,berbuka,terawih and bertadarus. Ada juga senior yg ajak sahur kat bilik mereka, macam best je. Kumpul ramai-ramai, bawak makanan, sahur and berbuka sama-sama. Okay, setakat ni sahaja nukilan aku, sebab belum lagi rasa pengalaman yg aku sebutkan tadi. Tak sampai 24 jam lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-mubarrak, bulan yang mulia yang mana terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam Lailatul Qadar. Semoga kita dapat menggunakan bulan yang mulia ini untuk beribadah dan mendekatkan diri dengan-Nya.


Wednesday 20 July 2011

PERMATA YANG DICARI




                 Hadirnya tanpa kusedari
             Menggamit kasih cinta bersemi
             Hadir cinta insan padaku ini
             Anugerah kurniaan Ilahi

             Lembut tutur bicaranya 
             Menarik hatiku untuk mendekatinya
             Kesopanannya memikat di hati
             Mendamaikan jiwaku yang resah ini

             Ya Allah
             Jika dia benar untukku
             Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
             Jika dia bukan milikku
             Damaikanlah hatiku
             Dengan ketentuan-Mu

            Dialah permata yang dicari
            Selama ini baru kutemui
            Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
            Apakah dia kan kumiliki
            Tidak sekali dinodai nafsu
            Akan kubatasi dengan syariat-Mu
            Jika dirinya bukan untukku
            Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

           Ya Allah 
           Engkaulah tempat kubergantung harapanku
           Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia! Apa khabar saudara saudari? harap sihat2 hendaknya. macam surat dh pulak. Okay, hari ni saya nk kongsi sumthing kat korg, about permata. Permata? Diamond? Permata Habib Jewels ke? Korg dh hayati ke lirik,bait-bait lagu nya? Kalau korg nk tau inilah lagu favret saya, sejak umur 16 tahun dh dgr, skrg dh 18, pergggghhhh, lame giler. Lame ker? hahhahahaaa. Okay, be serious. this song sebenarnya memiliki kualiti serta lirik yg bermakna. Bagi mereka yg hendak bercinta atau yg sdg merancang, nah! lagu ni mmg sesuai utk korg,well, bagi saya, lagu ni salah satu panduan bagi saya memilih pasangan ataupun bercinta termasuklah dgn mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu yg pertama rupa paras. Kedua, harta. Ketiga, keturunan. Yang terakhir, agama. Yang pasti aku masih dlm pencarian~ mudah-mudahan beroleh yg terbaik. Amin~





Saturday 16 July 2011

First Time as a Blogger

Pada 17 Julai 2011,malam yang diiringi hujan,aku sedang melayari internet, facebook, playing DOTA(Dunia Orang Terlebih Awek) dalam GARENA, dan sejurus habis bermain DOTA aku mencari bahan untuk assignment aku yang sememangnya banyak,lebih tepat lagi sedang menyediakan bahan untuk presentation bertajuk Akhlak Terhadap Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Okay,siap mencari bahan,mata x mengantuk, x dapat tidur, tiba-tiba terdetik satu naluri ingin menjadi seorang blogger, ingin mempunyai blog sendiri walaupun aku  tak berapa arif tentang blog-blog ni, namun atas keinginan untuk berkongsi serta bercerita tentang dunia-ku maka lahirlah satu blog baru yang dimiliki oleh aku sendiri iaitu WORLD OF ME. Habis sahaja menaip ni, azan berkumandang menandakan masuknya waktu subuh bagi Zon 8/Kuching. Apa lagi? Solat la :)