Assalammualaikum. Kabare? Waras? Harap sihat walafiat semuanya. Okay, hari ni aku nk berkongsi pengalaman pertama yg mungkin pasti dirasai setiap insan bergelar mahasiswa mahupun mahasiswi. Pengalaman tersebut adalah berpuasa di universiti. Well, as everyone know, bila di universiti kadang-kadang sebak juaga terasa bila terkenang parents, dulu selalu sahur and berbuka together, now, suma nya independent, tapi maybe ada juga pengalaman berharga contohnya sahur,berbuka,terawih and bertadarus. Ada juga senior yg ajak sahur kat bilik mereka, macam best je. Kumpul ramai-ramai, bawak makanan, sahur and berbuka sama-sama. Okay, setakat ni sahaja nukilan aku, sebab belum lagi rasa pengalaman yg aku sebutkan tadi. Tak sampai 24 jam lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-mubarrak, bulan yang mulia yang mana terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam Lailatul Qadar. Semoga kita dapat menggunakan bulan yang mulia ini untuk beribadah dan mendekatkan diri dengan-Nya.
Saturday, 30 July 2011
Wednesday, 20 July 2011
PERMATA YANG DICARI
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemiHadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Assalammualaikum dan salam 1Malaysia! Apa khabar saudara saudari? harap sihat2 hendaknya. macam surat dh pulak. Okay, hari ni saya nk kongsi sumthing kat korg, about permata. Permata? Diamond? Permata Habib Jewels ke? Korg dh hayati ke lirik,bait-bait lagu nya? Kalau korg nk tau inilah lagu favret saya, sejak umur 16 tahun dh dgr, skrg dh 18, pergggghhhh, lame giler. Lame ker? hahhahahaaa. Okay, be serious. this song sebenarnya memiliki kualiti serta lirik yg bermakna. Bagi mereka yg hendak bercinta atau yg sdg merancang, nah! lagu ni mmg sesuai utk korg,well, bagi saya, lagu ni salah satu panduan bagi saya memilih pasangan ataupun bercinta termasuklah dgn mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu yg pertama rupa paras. Kedua, harta. Ketiga, keturunan. Yang terakhir, agama. Yang pasti aku masih dlm pencarian~ mudah-mudahan beroleh yg terbaik. Amin~
Saturday, 16 July 2011
First Time as a Blogger
Pada 17 Julai 2011,malam yang diiringi hujan,aku sedang melayari internet, facebook, playing DOTA(Dunia Orang Terlebih Awek) dalam GARENA, dan sejurus habis bermain DOTA aku mencari bahan untuk assignment aku yang sememangnya banyak,lebih tepat lagi sedang menyediakan bahan untuk presentation bertajuk Akhlak Terhadap Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Okay,siap mencari bahan,mata x mengantuk, x dapat tidur, tiba-tiba terdetik satu naluri ingin menjadi seorang blogger, ingin mempunyai blog sendiri walaupun aku tak berapa arif tentang blog-blog ni, namun atas keinginan untuk berkongsi serta bercerita tentang dunia-ku maka lahirlah satu blog baru yang dimiliki oleh aku sendiri iaitu WORLD OF ME. Habis sahaja menaip ni, azan berkumandang menandakan masuknya waktu subuh bagi Zon 8/Kuching. Apa lagi? Solat la :)
Subscribe to:
Comments (Atom)